Cinta ialah sentiasa cenderung dan berpaling kepada sang kekasih dengan hati yang merasa cinta.Cinta bermakna bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan yang dicintai.Cinta bermaksud mengutamakan sang kekasih di atas semua yang dikasihi.Cinta adalah penghapusan oleh si pencinta atas sifat-sifatnya dan peneguhan sang kekasih dalam zatnya.
Abu Sayid al-Bustami mengatakan:
"Cinta adalah mengabaikan hal-hal sebesar apa pun yang datangnya dari dirimu dan memandang besar hal-hal sekecil apa pun yang datang dari kekasihmu."
Ini bermakna perhatian pencinta hanyalah satu iaitu yang dicintainya.
Al-Junaid mengatakan:
"Cinta bermakna sang kekasih mengambil sifat-sifat kekasihnya dan membuang sifat-sifatnya sendiri."
Hati si pencinta direnggut semua oleh ingatan kepada sang kekasih.Cinta juga bermakna menyesuaikan diri dengan yang dicintai.
Abu 'Ali al-Ruzbari menyatakan:
"Cinta adalah kesesuaian dengan keinginan sang kekasih."
No comments:
Post a Comment